Jumaat, 20 Ogos 2010

Banjir melanda lagi..

      Memang kita sedia maklum bahawa banjir adalah salah satu proses alam yang tidak asing lagi bagi kita. Kita dapat melihat banjir sebagai rahmat Tuhan atau sebagai bencana, tergantung pada pilihan kita sendiri. Sebagai manusia, kita tentu saja melalui dugaan daripada Allah SWT. Selain menghadapi sendiri, ada ketikanya kita sekadar menjadi penyaksi, melihat dugaan yang Allah timpakan pada orang lain. Gempa bumi, tsunami dan kemalangan, antaranya.

     Jumaat, 20 April 2010, warga sekolah telah digempari dengan peristiwa banjir. Hujan yang turun pada sebelah malam hingga ke pagi telah  menyebabkan paras air sungai Engkilili semakin naik.  Rumah kakitangan, bilik PSS, dewan makan, yang letaknya berdekatan dengan sungai telah dimasuki air..

kawasan yang ditenggelami air.



bilik PSS dimasuki air
     Beberapa org guru dan dibantu oleh pekerja2 sekolah dan murid asrama bekerjasama memindahkan barang-barang ke tempat yang lebih selamat lagi memandangkan keadaan paras air makin lama makin naik sehingga ke paras pinggang.
    
meninjau keadaan banjir

memindahkan barang-barang ke tempat yang lebih selamat

merakam kenangan dimusim banjir

mangsa banjir yang terselamat

keadaan di dalam dewan makan



paras air makin lama makin naik