Sabtu, 14 Ogos 2010

Pertandingan Membaca Sempena Bulan Membaca

Ahli Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah dan Program NILAM  telah mengadakan pertandingan membaca bersempena dengan Bulan Membaca pada 12 Ogos 2010. Pertandingan tersebut dimulakan pada pukul 2.00 petang di dewan sekolah.


Pertandingan ini telah disertai oleh 35 orang murid.Para peserta dibahagikan kepada dua kategori, iaitu Kategori Muda untuk murid Tahap Satu manakala Kategori Sulung untuk Tahap Dua.

Kebanyakkan para peserta yang mengambil bahagian telah menunjukkan kesungguhan untuk memenangi pertandingan tersebut.Mereka berusaha untuk mempamerkan persembahan yang menarik.Ada peserta yang menggunakan kostum dan peralatan yang agak menarik.Semua peserta memiliki kebolehan untuk bercerita.Persaingan antara para peserta bagi kedua-dua kategori ini memang sengit.

Pemenang bagi kategori Muda dimenangi oleh adik Mohd.Amir Danial Rosli dari tahun 3 Mukmin manakala kategori Sulung pula dimenangi oleh dua orang peserta,iaitu adik Syuhairah dan adik Hanim Masyittah dari tahun 4 Mujahid.Hadiah-hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh guru besar.Peserta yang menjadi johan akan mewakilim sekolah dalam pertandingan bercerita peringkat daerah.

Secara keseluruhannya,pertandingan bercerita yang julung-julung kali diadakan ini berjalan dengan lancar.Pertandingan ini berakhir pada pukul 3.00 petang.

Cik Hjh Noraini Hj Abdul Latip (PK Kurikulum) merasmikan Bulan Membaca.




Peserta Pertandingan Membaca bergambar dengan hakim dan AJK pertandingan