Sabtu, 30 Oktober 2010

Pertandingan Sepak Takraw Antara Rumah Sukan

Unit Gerko Sukan dan Permainan Sepak takraw telah menganjurkan Pertandingan Sepak Takraw antara rumah sukan pada 27 - 28 Oktober 2010 pada pukul 3.00 petang yang bertempat di gelangang badminton sekolah. Pada perlawanan akhir, Rumah Marikh telah berentap dengan Rumah Neptune dalam pertandingan sepak takraw bagi merebut gelaran juara. Berikut adalah keputusan Pertandingan Sepak Takraw 2010.


Juara :  Rumah Neptune

Naib Juara : Rumah Marikh

Tempat Ketiga : Rumah Pluto

Tempat Kempat : Rumah Zuhal






     Para peserta yang mengambil bahagian
dalam pertandingan sepak takraw






Pasukan Rumah Neptune (Juara)



Lawatan Sambil Belajar ke Bandaraya Kuching 2010

Lawatan sambil belajar Tahun 6 telah diadakan pada 21 dan 22 Oktober 2010. Seramai 46 org murid,12 orang guru, 4 orang kakitangan sokongan dan 2 orang ibu bapa murid. Antara tempat yang dilawati ialah Jong's Crocodile Farm, UNIMAS, Dewan Undangan Negeri, Kampung Budaya, Muzium Tun Abdul Razak, Kilang Coca Cola dan Lapangan Terbang Antarabangsa  Kuching.















Rabu, 20 Oktober 2010

Taklimat Lawatan Sambil Belajar ke Bandaraya Kuching

TAKLIMAT BERSAMA GURU DAN MURID TAHUN 6


Taklimat telah  disamapaikan oleh Guru Besar, Penolong Kanan KK,
En. Ismail Hj Ahmad (Pegerusi)  dan En. Arjuna Mustapha (Bendahari) lawatan

 






Aktiviti Panitia Bahasa Malaysia

Pertandingan membaca Berita Tahap 2



 

 





Jumaat, 15 Oktober 2010

Antara intipati bajet 2011


1.  Untuk Kementerian Pelajaran, peruntukan pembangunan sebanyak RM6.4 billion disediakan bagi membina dan menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profesion guru.

2.  Bagi menyediakan guru serta tenaga pengajar kompeten dan berkualiti yang dapat membimbing dan mendidik pelajar sekolah dengan sebaiknya, kerajaan menyediakan RM576 juta dalam bentuk biasiswa kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran.

SELAMAT MENDUDUKI UJIAN PTK

Khamis, 14 Oktober 2010

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2010

Murid-murid sedang tekun menjawab kertas 
soalan yang diedarkan oleh guru.
    

Majlis Merarau Zon Engkilili

      Dianggarkan lebih dari seratus orang yang hadir pada Majlis Merarau Warga Pendidik Zon Engkilili yang telah diadakan di Dewan Sekolah Kebangsaan Engkilili No.2 pada 09 Oktober 2010. Tetamu kehormat yang hadir ialah YB Tuan William ak Badak, Ahli Parlimen P.203, Lubok Antu dan YB Dr. Johnical Rayong ak Ngipa, Adun N.28 Engkilili. Seramai 20 orang guru dan bukan guru, iaitu wakil dari sekolah yang hadir.




Ahad, 10 Oktober 2010

Penyerahan Cek daripada YB Dr. Johnical Rayong ak Ngipa, Adun N.28 Engkilili










Sabtu, 09 Oktober 2010, seperti yang telah dijanjikan pada Mesyuarat Agung PIBG 2010 pada 3 Mei 2010, Yang Berhormat Dr. Johnical Rayong ak Ngipa, Adun N.28 Engkilili akan menyumbangkan dana untuk membeli mesin fotostat kepada Tabung PIBG Sk Engkilili No.1. Penyerahan cek yang bernilai RM8000.00 telah diserahkan  kepada YDP PIBG Sk Engkilili No.1,  Encik Melo ak Agan pada Majllis Merarau Warga Pendidik Zon Engkilili baru-baru ini.

Sabtu, 9 Oktober 2010

Banjir oh banjir

Jumaat, 8.Oktober 2010 - Apa yang paling dirisaukan oleh warga Sk Engkilili No.1 terjadi lagi. Banjir fenomena alam yang tidak dielak. Begitulah yang berlaku kepada warga sekolah SK Engkilili No.1 dimana semua warga bergotong royong untuk memindahkan barang-barang ke tempat yang lebih selamat kerana  hujan yang turun pada sebelah malamnya menyebabkan paras air di sungai Batang Lupar makin naik dan melimpah masuk ke kawasan yang rendah.

 Mengangkat rak buku di PSS

 air semakin naik

 Guru PSS dibantu oleh murid-murid memindahkan 
buku ke tempat yang lebih selamat


 Murid-murid membantu memindahkan barang
mangsa banjir ke tempat yg selamat




    "Bila kecil menjadi kawan dan bila besar menjadi lawan" begitulah keadaan murid-murid yang seronok bermain air walaupun terpaksa membantu memindahkan barang-barang ke tempat yang lebih tinggi.

Pertandingan Karaoke Dalam Bahasa Melayu

     Panitia Bahasa Melayu telah menganjurkan Pertandingan Karaoke dalam Bahasa Melayu antara rumah sukan. Pertandingan ini dibahagikan  kepada 2 kategori iaitu kategori Tahap 1 lelaki & perempuan dan kategori Tahap 2 lelaki & perempuan. Seramai 7 org peserta dari Tahap 1 dan 8 orang peserta dari Tahap 2 mengambil bahagian. Pertandingan ini telah diadakan selama 2 hari, iaitu pada 6 Oktober 2010 bagi kategori Tahap 1 dan pada 7 Oktober 2010 bagi kategori Tahap 2. Selain daripada itu juga Panitia Bahasa Melayu juga turut mengadakan Cabutan Tiket Bertuah dan Pertandingan Meneka Juara Pertandingan Karaoke bagi kategori Tahap 2 lelaki dan perempuan. Guru Besar, Penolong Kanan 1, Penolong Kanan HEM, guru rumah sukan dan staf sokongan juga turut  hadir bagi memeriahkan acara pertandingan tersebut. Hadiah telah disampaikan kepada pemenang pada hari hari itu juga.

Ucapan alu-alauan Ketua Panitia Bahasa Melayu
En. Arjuna @ Hassan bin Mustapha

Ucapan daripada Guru Besar Sk Engkilili No.1
En. Gurong ak Beti


Juara Kategori Tahap 1 Lelaki
Adik Maxson Leo ak Beliang (Rumah Neptune)

Juara Kategori Tahap 1 Perempuan
Adik Angelia Jeliah (Pluto)


Juara Kategori Tahap 2 Lelaki
Adik Alexander ak Nerry (Pluto)

Juara Kategori Tahap 2 Perempuan
Adik Leelis ak Pilit (Pluto)


 Para hakim