Sabtu, 9 Oktober 2010

Pertandingan Karaoke Dalam Bahasa Melayu

     Panitia Bahasa Melayu telah menganjurkan Pertandingan Karaoke dalam Bahasa Melayu antara rumah sukan. Pertandingan ini dibahagikan  kepada 2 kategori iaitu kategori Tahap 1 lelaki & perempuan dan kategori Tahap 2 lelaki & perempuan. Seramai 7 org peserta dari Tahap 1 dan 8 orang peserta dari Tahap 2 mengambil bahagian. Pertandingan ini telah diadakan selama 2 hari, iaitu pada 6 Oktober 2010 bagi kategori Tahap 1 dan pada 7 Oktober 2010 bagi kategori Tahap 2. Selain daripada itu juga Panitia Bahasa Melayu juga turut mengadakan Cabutan Tiket Bertuah dan Pertandingan Meneka Juara Pertandingan Karaoke bagi kategori Tahap 2 lelaki dan perempuan. Guru Besar, Penolong Kanan 1, Penolong Kanan HEM, guru rumah sukan dan staf sokongan juga turut  hadir bagi memeriahkan acara pertandingan tersebut. Hadiah telah disampaikan kepada pemenang pada hari hari itu juga.

Ucapan alu-alauan Ketua Panitia Bahasa Melayu
En. Arjuna @ Hassan bin Mustapha

Ucapan daripada Guru Besar Sk Engkilili No.1
En. Gurong ak Beti


Juara Kategori Tahap 1 Lelaki
Adik Maxson Leo ak Beliang (Rumah Neptune)

Juara Kategori Tahap 1 Perempuan
Adik Angelia Jeliah (Pluto)


Juara Kategori Tahap 2 Lelaki
Adik Alexander ak Nerry (Pluto)

Juara Kategori Tahap 2 Perempuan
Adik Leelis ak Pilit (Pluto)


 Para hakim