Isnin, 21 Februari 2011

Bangunan Baru Sekolah















ALHAMDULILLAH, PEMBINAAN BLOK BARU BANGUNAN 3 TINGKAT SEKOLAH AKAN SIAP TIDAK LAMA LAGI. DAN PADA MASA INI KERJA-KERJA  SEDANG GIAT DIJALANKAN.

Sabtu, 19 Februari 2011

Pertandingan Bercerita Dalam Bahasa Malaysia Dan Story Telling Peringkat Zon Engkilili 2011.

Khamis, 17 Februari 2011, Sekolah Kebangsaan Engkilili No.1 telah mengelolakan Pertandingan Bercerita dalam Bahasa Malaysia dan Story Telling bagi peringkat Zon Engkilili, yang telah diadakan di dewan SK Engkilili No.2 dan Pusat Sumber Sekolah SK Engkilili No.2.Pertandingan ini diadakan untuk memilih wakil yang akan mewakili Zon Engkilili dalam Pertandingan Bercerita dalam Bahasa Malaysia  dan Story Telling peringkat Daerah Lubok Antu.
     Untuk pertandingan bercerita dalam Bahasa Malaysia, seramai 10 orang peserta dari tahap 1 dan 10 orang dari tahap 2 yang mengambil bahagian. Untuk kategori tahap 1, SJK(C) Chung Hua Engkilili telah menjadi johan dan SK Sedarat telah menjadi johan bagi kategori tahap 2.

Ahad, 13 Februari 2011

Renung-renungkanlah....

Selamat Menyambut Hari "Maulidur Rasul "

Pada 15 Februari 2011 ini bersama 12 Rabiulawal 1432 hijrah, adalah hari kelahiran (Maulidur Rasul) junjungan kita Rasullullah s.a.w . Kita menyambutnya bertujuan untuk memperingati pengorbanan dan perjuangan baginda menyebarkan islam.


Salam "Maulidur Rasul" kepada semua warga SK Engkilili No.1  dan  semua warga pendidik di seluruh Malaysia yang beragama Islam.

TAKWIM PEPERIKSAAN TAHUN 2011


UPSR
Ujian Bertulis 13, 14 & 15 September 2011 (3 hari)
 
PMR
Ujian Bertulis 4-6 Oktober 2011,
  10 - 11 Oktober 2011 (5 hari)
 
SPM
Amali

Ujian Bertulis


14 November - 14 Disember 2011  (16 hari)

STPM
Ujian Lisan
Ujian Bertulis


20 - 22 Sept & 27 - 29 Sept 2011
21 November 2011 - 15 Disember 2011
 
STAM
Ujian Lisan 11 - 14 Julai 2011 & 18 - 21 Julai 2011
Ujian Bertulis 12 - 13 Okt 2011 & 17 - 19 Okt 2011 (5 hari)

SPM (ULANGAN)
Ujian Lisan Khusus Calon Persendirian(ULKCP)

Ujian Bertulis
15 - 17 Jun  2011 (2 hari)



13 - 14  Jun 2011 (2 hari)



* Tarikh-tarikh yang dinyatakan adalah tertakluk kepada pindaan.
Sebarang pertanyaan berkaitan takwim peperiksaan bolehlah menghubungi talian berikut:
UPSR : 03 - 8884 3382
PMR : 03 - 8884 3394
SPM : 03 - 8884 3330
STAM : 03 - 8884 3340
Peperiksaan Luar Negeri : 03 - 8884 3346


 

Bersua kembali....

Selamat Tahun Baru 2011 dan selamat bersua kembali.Syukur Alhamdulillah kembali kita bersua di tahun 2011 yang kian mencabar peranan kita sebagai seorang pendidik. Maaf kerana terlalu lama blog ini tidak dikemaskini. Ini disebabkan kekangan masa.. Kepada semua guru  selamat meneruskan perjuangan dan diharap dapat mempertingkatkan lagu mutu pengajaran dan pembelajaran kita. Dan saya doakan Selamat Maju Jaya.