Jumaat, 20 Ogos 2010

Fenomena Alam- Banjir

Banjir melanda lagi..

      Memang kita sedia maklum bahawa banjir adalah salah satu proses alam yang tidak asing lagi bagi kita. Kita dapat melihat banjir sebagai rahmat Tuhan atau sebagai bencana, tergantung pada pilihan kita sendiri. Sebagai manusia, kita tentu saja melalui dugaan daripada Allah SWT. Selain menghadapi sendiri, ada ketikanya kita sekadar menjadi penyaksi, melihat dugaan yang Allah timpakan pada orang lain. Gempa bumi, tsunami dan kemalangan, antaranya.

     Jumaat, 20 April 2010, warga sekolah telah digempari dengan peristiwa banjir. Hujan yang turun pada sebelah malam hingga ke pagi telah  menyebabkan paras air sungai Engkilili semakin naik.  Rumah kakitangan, bilik PSS, dewan makan, yang letaknya berdekatan dengan sungai telah dimasuki air..

kawasan yang ditenggelami air.



bilik PSS dimasuki air
     Beberapa org guru dan dibantu oleh pekerja2 sekolah dan murid asrama bekerjasama memindahkan barang-barang ke tempat yang lebih selamat lagi memandangkan keadaan paras air makin lama makin naik sehingga ke paras pinggang.
    
meninjau keadaan banjir

memindahkan barang-barang ke tempat yang lebih selamat

merakam kenangan dimusim banjir

mangsa banjir yang terselamat

keadaan di dalam dewan makan



paras air makin lama makin naik

Rabu, 18 Ogos 2010

Kelas Motivasi Fasa II



 
Taklimat oleh Penolong Kanan Kokurikulum
Encik Andrew Bugie ak Ipang


Memberi kata - kata perangsang kepada murid-murid
yang akan menduduki UPSR 2010


Kelas Motivasi bermula


Kelas motivasi ini telah dijalankan pada 11 Ogos sehingga 13 Ogos 2010
 bertempat di Makmal Komputer.


Sabtu, 14 Ogos 2010

Pertandingan Membaca Sempena Bulan Membaca

Ahli Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah dan Program NILAM  telah mengadakan pertandingan membaca bersempena dengan Bulan Membaca pada 12 Ogos 2010. Pertandingan tersebut dimulakan pada pukul 2.00 petang di dewan sekolah.


Pertandingan ini telah disertai oleh 35 orang murid.Para peserta dibahagikan kepada dua kategori, iaitu Kategori Muda untuk murid Tahap Satu manakala Kategori Sulung untuk Tahap Dua.

Kebanyakkan para peserta yang mengambil bahagian telah menunjukkan kesungguhan untuk memenangi pertandingan tersebut.Mereka berusaha untuk mempamerkan persembahan yang menarik.Ada peserta yang menggunakan kostum dan peralatan yang agak menarik.Semua peserta memiliki kebolehan untuk bercerita.Persaingan antara para peserta bagi kedua-dua kategori ini memang sengit.

Pemenang bagi kategori Muda dimenangi oleh adik Mohd.Amir Danial Rosli dari tahun 3 Mukmin manakala kategori Sulung pula dimenangi oleh dua orang peserta,iaitu adik Syuhairah dan adik Hanim Masyittah dari tahun 4 Mujahid.Hadiah-hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh guru besar.Peserta yang menjadi johan akan mewakilim sekolah dalam pertandingan bercerita peringkat daerah.

Secara keseluruhannya,pertandingan bercerita yang julung-julung kali diadakan ini berjalan dengan lancar.Pertandingan ini berakhir pada pukul 3.00 petang.

Cik Hjh Noraini Hj Abdul Latip (PK Kurikulum) merasmikan Bulan Membaca.




Peserta Pertandingan Membaca bergambar dengan hakim dan AJK pertandingan

Jumaat, 13 Ogos 2010

Rabu, 11 Ogos 2010

LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID TAHUN 6 KE MRSMB.wmv

Lawatan sambil belajar ke MRSM di Betong


9 Ogos 2010 (Isnin) - Pihak sekolah SK Engkilili No.1 telah mengadakan Lawatan sambil belajar ke Maktab Rendah Sains Mara di Betong. Program lawatan ini disertai oleh semua murid  tahun 6 dan  9 orang guru pengiring yang terdiri daripada guru kelas dan matapelajaran Tahun 6.
     Program lawatan ini julung kalinya diadakan sebelum menjelang peperiksaan UPSR. Lawatan ini bertujuan untuk memberikan suntikan semangat kepada murid-murid Tahun 6 agar lebih tekun berusaha untuk mendapat keputusan yang cemerlang sebelum memduduki  UPSR
     Murid-murid telah dibawa melawat ke semua kawasan di dalam MRSMB. Semoga dengan adanya program seperti ini, murid akan terdorong dan mempunyai keinginan untuk berusaha bersungguh-sungguh agar dapat keputusan 5A dalam UPSR yang bersesuaian dengan visi sekolah "SK Engkilili Cemerlang 2010".Bersama-samalah kita berdoa  agar pada tahun 2011 murid-murid SK Engkilili No.1 akan kembali ke MRSMB, bukan sebagai pelawat tetapi sebagai pelajar di sana.

Guru Pengiring

Murid mendengar taklimat PK KK

disambut mesra oleh guru dan pelajar MRSMB

u 
mendengar penerang oleh pelajar MRSM

bangunan tersergam indah seolah-olah gembira menyambut kedatang murid SK Engkilili No.1


Isnin, 9 Ogos 2010

Salam Kemerdekaan 2010


1 Malaysia Menjana Transformasi telah dipilih menjadi tema  kepada sambutan bulam kemerdekaan sempena ulangtahun kemerdekaan negara Malaysia yang ke-53 Tahun.

VISI & MISI SEKOLAH

VISI SEKOLAH



SK Engkilili No.1 Cemerlang 2010


MISI SEKOLAH

Warga SK Engkilili No.1 akan merealisasikan Visi melalui

(i)     Berusaha meningkatkan kecemerlangan akedemik dengan pelaksanaan kurikulum yang

        inovatif
(ii)   Memupuk penglibatan Kokurikulum yang menyeluruh dengan pendekatan yang

        berkesan
(iii)   Membentuk sahsiah dan disiplin yang baik dengan pendekatan insaniah
(iv)   Mewujudkan persekitaran ceriadan kondusif dan memaksimakan penggunaan 

         infrastruktur sedia ada










Ahad, 8 Ogos 2010

Motto Sekolah


ILMU PENYULUH HIDUP





ILMU
- sangat penting untuk semua lapisan masyarakat dan
  dituntut oleh mana-mana agama.


Penyuluh Hidup
- Memberi petunjuk jalan ke arah kebaikan


Jalur 14
- Terdapat 14 buah negeri dalam Malaysia termasuk
  Wilayah Persekutuan.


Bucu 9
- Terdapat 9 bahagian dalam negeri Sarawak.


Bukit yang berkembar
- Bukit yang dimaksudkan ialah bukit Tiang Laju. Bukit yang berdiri megah di kawasan  
  Engkilili. Bukit ini melambangkan betapa tingginya harapan sekolah ini untuk mendidik
  murid-murid supaya ke menara gading


Dua tangan yg menadah
- Seperti sediakala, setiap kali selepas kita berusaha kita mestilah berdoa . Kita mesti
  berdoa kepada tuhan agar setiap yang kita usaha mendapat restu dan dimakbulkan oleh Tuhan.Moga kejayaan akan kita perolehi."Usaha Tangga Kejayaan"


Warna Kuning
- Melambangkan pemerintahan beraja di negara kita


Warna biru
- Melambangkan perpaduan negara


Warna hijau
- Melambangkan kehijauan, ketenangan, keselesaan mata memandang.Dari aspek
   sekolah, berkonsepkan sekolah dalam taman, menghijaukan persekitaran sekolah
   dengan pokok-pokok dan bunga-bunga yang cantik








Bendera Negeri Sarawak ( Menghayati Bulan Kemerdekaan)

     Tahukah anda tentang bendera yang telah digunakan oleh negeri Sarawak semasa zaman penjajahan iatu dari tahun 1814 sehinggalah ke hari ini. Dalam sejarah negeri Sarawak terdapat tujuh jenis bendera yang pernah digunakan. Antaranya adalah seperti berikut:
 1841-1843 zaman Rajah James Brooke.

 
1843-1942 zaman Dinasti Rajah Brooke.

1942-1946 zaman Pendudukan Jepun.

1946-1947 zaman Perlindungan Komanwealth

1948-1973

1973-1988

1989-sekarang

Sejarah Jalur Gemilang

     Bendera Malaysia adalah berasal dari Bendera Persekutuan Tanah Melayu. Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang Terutama Gabenor-Gabenor dalam satu Persidangan Majlis Raja-Raja menjelang pembentukan Malaysia telah memperkenankan rekabentuk Bendera Malaysia yang mengikut rekabentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu dengan pengubahsuaian pada bilangan jalur-jalur dan bintang pecah 14 bagi menunjukkan 14 buah negeri baru bagi Persekutuan Malaysia.
Percantuman Sabah, Sarawak dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu telah melahirkan sebuah negara baru - Malaysia. Bendera Malaysia telah dikibarkan dengan rasminya di seluruh negara untuk melambangkan lahirnya Malaysia pada 16 September 1963.
     Sungguhpun Singapura berpisah daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965, namun jalur-jalur dan bintang pecah 14 terus dikekalkan hingga sekarang.
JALUR GEMILANG adalah nama Bendera Malaysia yang telah diisytiharkan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-40 di Dataran Merdeka.

Motivasi Diri


click to create your own

Sabtu, 7 Ogos 2010

Bulan Membaca

Majlis Pelancaran Bulan Membaca telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Engkilili No.1 iaitu Encik Gurong ak Beti. Bangsa Membaca Bangsa Berjaya merupakan tema Bulan Membaca pada tahun ini. Sehubungan dengan ini, Ahli Jawatankuasa NILAM dan Pusat Sumber Sekolah telah menganjurkan pelbagai aktiviti yang menarik. Antara aktiviti yang telah dirancangkan adalah;


i).  Pertandingan Mewarna.
     -   Melibatkan semua murid Tahap 1.

ii).  Pertandingan Melukis Poster.
      -  Melibatkan murid Tahap 2.

iii).  Pertandingan Membaca
      -  Melibatkan murid Tahap 1 dan 2.
      -  Terdapat 3 kategori
             *  Kategori Bahasa Melayu
             *  Kategori Bahasa Inggeris
             *  Kategori Bahasa Iban
     -  Bahan bacaan  disediakan dalam 3 bahasa.

"Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan usia"
"Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai"

Selamat Berpuasa


KAMI SELURUH WARGA SK ENGKILILI NO.1 INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK KEPADA SEMUA PENGUNJUNG YANG BERAGAMA ISLAM DAN JUGA KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSI