Khamis, 5 Ogos 2010

Profil sekolah



          Sekolah Kebangsaan Engkilili No.1 yang dahulunya Sekolah Rendah Kerajaan Engkilili terletak di dalam pekan kecil Engkilili iaitu di dalam daerah Lubok Antu. Sekolah ini telah ditubuhkan pada 1 Januari 1953 dan merupakan sekolah Inggeris yang pertama di pekan ini. Sekolah ini mempunyai keluasan kira-kira 1.36 hektar persegi.  Sk Engkilili No.1 ini mendapat nama sempena dengan nama pekan itu sendiri dan juga merupakan sekolah yang pertama ditubuhkan di pekan Engkilili. Sekolah ini terletak di atas bukit yang berhampiran dengan Pejabat Dearah Kecil Engkilili  dan Jabatan Pertanian Daerah  Kecil Engkilili.
          Sekolah ini dikatogerikan sebagai sekolah luar bandar dan bergred A dan hanya sesi persekolahannya ialah sesi pasi sahaja. Kebanyakan murid yang bersekolah di sekolah ini datangnya dari kawasan perkampungan yang berdekatan. Muridnya terdiri daripada murid asrama dan juga harian. Majoriti daripada muridnya berbangsa Iban.
          Sekolah ini dihubungkan dengan kemudahan asas seperti jalanraya, bekalan air paip, dan bekalan elektrik.