Rabu, 11 Ogos 2010

Lawatan sambil belajar ke MRSM di Betong


9 Ogos 2010 (Isnin) - Pihak sekolah SK Engkilili No.1 telah mengadakan Lawatan sambil belajar ke Maktab Rendah Sains Mara di Betong. Program lawatan ini disertai oleh semua murid  tahun 6 dan  9 orang guru pengiring yang terdiri daripada guru kelas dan matapelajaran Tahun 6.
     Program lawatan ini julung kalinya diadakan sebelum menjelang peperiksaan UPSR. Lawatan ini bertujuan untuk memberikan suntikan semangat kepada murid-murid Tahun 6 agar lebih tekun berusaha untuk mendapat keputusan yang cemerlang sebelum memduduki  UPSR
     Murid-murid telah dibawa melawat ke semua kawasan di dalam MRSMB. Semoga dengan adanya program seperti ini, murid akan terdorong dan mempunyai keinginan untuk berusaha bersungguh-sungguh agar dapat keputusan 5A dalam UPSR yang bersesuaian dengan visi sekolah "SK Engkilili Cemerlang 2010".Bersama-samalah kita berdoa  agar pada tahun 2011 murid-murid SK Engkilili No.1 akan kembali ke MRSMB, bukan sebagai pelawat tetapi sebagai pelajar di sana.

Guru Pengiring

Murid mendengar taklimat PK KK

disambut mesra oleh guru dan pelajar MRSMB

u 
mendengar penerang oleh pelajar MRSM

bangunan tersergam indah seolah-olah gembira menyambut kedatang murid SK Engkilili No.1