Khamis, 5 Ogos 2010

Pertandingan Badmintan antara Staf




PERTANDINGAN BADMINTON ANTARA STAF SK ENGKILILI NO.1

   Regu Lelaki

                                                     
Regu wanita

           Jawatankuasa Hari Guru telah mengadakan Pertandingan Badminton antara Staf sempena sambutan Hari Guru peringkat sekolah 2010. Pertandingan ini telah diadakan pada 11 Mei 2010 sehingga 17 Mei 2010 yang bertempat di dewan serbaguna sekolah.Pertandingan ini bermula pada pukul 3.45 petang. Setiap rumah sukan menghantar 2 regu iaitu lelaki dan wanita. Pada hari itu, sebanyak 4 rumah sukan yang terlibat. Antaranya rumah Marikh, Pluto, Zuhal dan Neptune.
           Dalam pertandingan itu, kemenangan telah memihak kepada rumah Zuhal bagi regu wanita. Manakala regu lelaki telah dimenangi oleh rumah Pluto. Semua staf yang terlibat begitu bersemangat dalam pertandingan itu. Murid-murid, guru-guru dan kakitangan sokongan yang lain turut juga hadir untuk memberi sikongan kepada para pemain. Pertandingan sebegini sekurang-kurangnya dapat mengeratkan lagi tali silaturahim antara semua warga sekolah.