Khamis, 5 Ogos 2010

Tapak pembinaan bagunan sekolah

          Warga SK Engkilili berasa bertuah kerana tidak lama lagi akan mendapat bangunan sekolah yang baru. Pada masa ini proses pembinaan sedang dijalankan. Memandangkan keadaan persekitaran kawasan sekolah ini berbukit, kerja-kerja menimbus dan meratakan tanah sedang giat dijalankan. Dan pada masa kini pagar-pagar keselamatan juga telah dipasang di sepanjang jalan sebagai tanda sempadan kawasan pembinaan.
      Semoga dengan adanya bangunan-bangunan  baru nanti akan dapat memberi satu nafas baru kepada Sekolah Kebangsaan Engkilili No.1 terutamanya kepada guru dan murid-muridnya.

"kerja-kerja meratakan tanah sedang dijalankan"
"Pagar-pagar keselamatan telahpun didirikan di tepi medan letak kereta "

"Pada masa kini banyak kenderaan-kenderaan berat  yang membawa tanah
sedang lalu lalang di kawasan sekolah"