Khamis, 5 Ogos 2010

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah






SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2010

          Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan pada hari Isnin 17 Mei 2010. Sambutan ini telah diadakan kira-kira jam 8.00 pagi yang bertempat di Dewan Makan sekolah. Tema Hari Guru pada tahun ini ialah "Guru Pembina Negara Bangsa".
          Antara aktiviti yang telah diadakan pada hari tersebut ialah nyanyian lagu Negaraku, bacaan doa oleh Ustaz Naddzaruddin Sah Jelani, ucapan perasmian oleh Encik Gurong ak Beti, bacaan perutusan Menteri Pelajaran Malaysia oleh Encik Andrew Bugie ak Ipang,bacaan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia ialah Cik Salimah hj Idi, dan ucapan wakil murid Adik Aushenky Sandak ak Augustine dan penyampaian hadiah kepada para pemenang dalam pertandingan membuat kad ucapan Hari Guru. Penyampaian hadiah tersebut telah disempurnakan oleh YDP PIBG sekolah.
          Selain daripada itu, ikrar  guru serta nyanyian Guru Malaysia, Pendidik Bumi Kenyalang dan Biarku menjadi lilin juga turut diselitkan. Majlis pada hari itu turut diceriakan dengan persembahan daripada murid, acara pemotongan kek Hari Guru dan acara pertukaran hadiah antara Guru, staf sokongan dan swasta. Aktiviti diteruskan lagi dengan acara sukaneka antara rumah yang melibatkan semua guru, staf sokongan dan swasta. Selain daripada itu, semua warga sekolah berkumpul bersama-sama untuk menikmati juadah tengahari. Aktiviti disambung semula pada pukul 2.00 petang dengan pertandingan akhir badminton regu wanita dan lelaki. Aktiviti tamat pada pukul 4.00 petang.


"Ucapan Perasmian"


"Bacaan Perutusan Menteri Pelajaran Malaysia"


"Bacaan Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia"


"Ucapan Wakil Murid"


"Nyanyian Lagu Guru Malaysia, Pendidik Bumi Kenyalang dan Biarku menjadi lilin"


''Hadiah Pertukaran Guru"



"Aktiviti bersalaman dengan murid"



"Sukaneka Hari Guru"