Khamis, 5 Ogos 2010

Program Lancar Membaca



PROGRAM LANCAR MEMBACA TAHAP 1 & TAHAP 2

                     Program lancar membaca Bahasa Malaysia ini merupakan salah satu daripada aktiviti yang telah dirancang oleh Panitia Bahasa Malaysia. Program ini bertujuan untuk mengurangkan masalah celik huruf dikalangan murid sekolah rendah. Pada awal bulan Februari, program ini hanya melibatkan murid tahap 2 sahaja. Tetapi pada bulan April, murid-murid tahap satu yang masih belum menguasai kemahiran membaca juga terlibat dalam program ini.
          Program ini telah dijalankan pada sebelah petang iaitu setiap hari Isnin, Selasa, dan Rabu yang akan dibimbing oleh tiga orang guru serta dibantu oleh pengawas yang telah dipilih oleh ketua Panitia Bahasa Malaysia. Manakala pada sebelah petang hari Khamis, murid-murid ini akan dibawa ke Pusat Sumber Sekolah untuk aktiviti bacaan dan akan dibimbing oleh pengawas yang telah dilantik. Apa yang kita harapkan, semoga program lancar membaca Bahasa Malaysia ini dapat merealisasikan visi sekolah kita iaitu "SK Engkilili Cemerlang 2010"











LATIHAN SEPAK TAKRAW




          3 orang daripada murid SK Engkilili No.1 telah terpilih untuk mewakili Zon Engkilili ke pertandingan Sepak Takraw 12 TKB MSSD Sri Aman yang bertempat di Stadium MDSA Sri Aman. Sekarang ini mereka sedang giat menjalani latihan di bawah bimbingan Cikgu Ismail Hj Ahmad yang juga merupakan guru penasihat sukan dan permaianan Sepak Takraw.