Sabtu, 7 Ogos 2010

Bulan Membaca

Majlis Pelancaran Bulan Membaca telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Engkilili No.1 iaitu Encik Gurong ak Beti. Bangsa Membaca Bangsa Berjaya merupakan tema Bulan Membaca pada tahun ini. Sehubungan dengan ini, Ahli Jawatankuasa NILAM dan Pusat Sumber Sekolah telah menganjurkan pelbagai aktiviti yang menarik. Antara aktiviti yang telah dirancangkan adalah;


i).  Pertandingan Mewarna.
     -   Melibatkan semua murid Tahap 1.

ii).  Pertandingan Melukis Poster.
      -  Melibatkan murid Tahap 2.

iii).  Pertandingan Membaca
      -  Melibatkan murid Tahap 1 dan 2.
      -  Terdapat 3 kategori
             *  Kategori Bahasa Melayu
             *  Kategori Bahasa Inggeris
             *  Kategori Bahasa Iban
     -  Bahan bacaan  disediakan dalam 3 bahasa.

"Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan usia"
"Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai"