Sabtu, 19 Februari 2011

Pertandingan Bercerita Dalam Bahasa Malaysia Dan Story Telling Peringkat Zon Engkilili 2011.

Khamis, 17 Februari 2011, Sekolah Kebangsaan Engkilili No.1 telah mengelolakan Pertandingan Bercerita dalam Bahasa Malaysia dan Story Telling bagi peringkat Zon Engkilili, yang telah diadakan di dewan SK Engkilili No.2 dan Pusat Sumber Sekolah SK Engkilili No.2.Pertandingan ini diadakan untuk memilih wakil yang akan mewakili Zon Engkilili dalam Pertandingan Bercerita dalam Bahasa Malaysia  dan Story Telling peringkat Daerah Lubok Antu.
     Untuk pertandingan bercerita dalam Bahasa Malaysia, seramai 10 orang peserta dari tahap 1 dan 10 orang dari tahap 2 yang mengambil bahagian. Untuk kategori tahap 1, SJK(C) Chung Hua Engkilili telah menjadi johan dan SK Sedarat telah menjadi johan bagi kategori tahap 2.