Isnin, 21 Februari 2011
Bangunan Baru Sekolah
ALHAMDULILLAH, PEMBINAAN BLOK BARU BANGUNAN 3 TINGKAT SEKOLAH AKAN SIAP TIDAK LAMA LAGI. DAN PADA MASA INI KERJA-KERJA SEDANG GIAT DIJALANKAN.
Sabtu, 19 Februari 2011
Pertandingan Bercerita Dalam Bahasa Malaysia Dan Story Telling Peringkat Zon Engkilili 2011.
Khamis, 17 Februari 2011, Sekolah Kebangsaan Engkilili No.1 telah mengelolakan Pertandingan Bercerita dalam Bahasa Malaysia dan Story Telling bagi peringkat Zon Engkilili, yang telah diadakan di dewan SK Engkilili No.2 dan Pusat Sumber Sekolah SK Engkilili No.2.Pertandingan ini diadakan untuk memilih wakil yang akan mewakili Zon Engkilili dalam Pertandingan Bercerita dalam Bahasa Malaysia dan Story Telling peringkat Daerah Lubok Antu.
Untuk pertandingan bercerita dalam Bahasa Malaysia, seramai 10 orang peserta dari tahap 1 dan 10 orang dari tahap 2 yang mengambil bahagian. Untuk kategori tahap 1, SJK(C) Chung Hua Engkilili telah menjadi johan dan SK Sedarat telah menjadi johan bagi kategori tahap 2.
Untuk pertandingan bercerita dalam Bahasa Malaysia, seramai 10 orang peserta dari tahap 1 dan 10 orang dari tahap 2 yang mengambil bahagian. Untuk kategori tahap 1, SJK(C) Chung Hua Engkilili telah menjadi johan dan SK Sedarat telah menjadi johan bagi kategori tahap 2.
Ahad, 13 Februari 2011
Selamat Menyambut Hari "Maulidur Rasul "
Pada 15 Februari 2011 ini bersama 12 Rabiulawal 1432 hijrah, adalah hari kelahiran (Maulidur Rasul) junjungan kita Rasullullah s.a.w . Kita menyambutnya bertujuan untuk memperingati pengorbanan dan perjuangan baginda menyebarkan islam.
Salam "Maulidur Rasul" kepada semua warga SK Engkilili No.1 dan semua warga pendidik di seluruh Malaysia yang beragama Islam.
TAKWIM PEPERIKSAAN TAHUN 2011
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Bersua kembali....
Selamat Tahun Baru 2011 dan selamat bersua kembali.Syukur Alhamdulillah kembali kita bersua di tahun 2011 yang kian mencabar peranan kita sebagai seorang pendidik. Maaf kerana terlalu lama blog ini tidak dikemaskini. Ini disebabkan kekangan masa.. Kepada semua guru selamat meneruskan perjuangan dan diharap dapat mempertingkatkan lagu mutu pengajaran dan pembelajaran kita. Dan saya doakan Selamat Maju Jaya.
Langgan:
Catatan (Atom)